Teringat satu pengisian oleh seorang Ustazah kat surau Kolej sampai aku nangis sorok2 waktu tu..
Malam tu aku terkesan betul dengan kata2 ustazah yang bagi ceramah. Beliau bercerita tentang perang Badar. Diceritakannya bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. begitu mementingkan setiap orang dalam perjuangan. Sebab setiap orang ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah.
Bukan selalu orang yang kita sangkakan saja yang akan dapat ilham daripada Ilahi. Kadang-kadang orang yang kita tak pernah jangkakan pun mampu memberi cadangan yang bernas kerana Allah telah memilih dia untuk menjadi perantara yang menjadi laluan ilham daripada Ilahi.
Mengalir air mata aku saat mendengar betapa Rasulullah s.a.w. mementingkan dan menghargai setiap orang. Pernah aku berasa diri tak berapa penting tapi bila mengenangkan sifat Rasulullah s.a.w. ni, aku berazam tak mahu lagi berasa begitu sebab aku yakin Rasulullah s.a.w. dah berasa yang aku dan kita semua ni penting sejak lebih 1400 tahun dulu lagi..
Kalau aku dan kalian pernah rasa yang diri tak penting..ingatlah, kalau benar kita tak penting masakan Rasulullah s.a.w. pernah menyenaraikan kita antara orang-orang yang Baginda rindu.
Rasullullah s.a.w. pernah berkata, “Saya rindukan ikhwan saya..”
Sahabat bertanya, “Siapa ikhwan?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Orang yang tak pernah melihat saya tapi mereka cintakan saya..”
Dan kitalah ikhwan yang dimaksudkan oleh Nabi sekiranya kita cintakan Nabi.
Ya, Baginda terlalu rindukan kita sedangkan kita belum dilahirkan waktu tu, dan saat Baginda menghadapi detik-detik kematian, Baginda masih memikirkan kita sampai nak tanggung semua kesakitan kita saat menghadapi sakaratul maut. Tiga kali Baginda menyebut nama kita semua “Ummati!” “Ummati..” ”Ummati…”
Masihkah kita berasa yang kita tak penting?
Kita berada di dalam hati kekasih Allah, masihkah kita berasa yang kita tak penting?
Malunya dengan Rasulullah s.a.w. kalau kita masih berasakan yang kita tak penting.
Bersyukurlah Rasulullah s.a.w. sentiasa berasa yang kita penting!
Maaf.
Chill out
Salam alaik~
No comments:
Post a Comment