Let's choose 'better' instead of 'worse' !

Wednesday, 8 August 2012

JAHAT YANG TERSEMBUNYI LEBIH BAHAYA!


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hari ini makin ramai orang tertarik hati dengan muslimin. Muslimin disini merujuk seorang lelaki Islam yang kerja dakwahnya dapat dikesan atau disedari.

Betul. Hatta kawan-kawan saya yang freehair pun ada je yang tertarik hati dengan golongan muslimin. 
Mungkin kerana kebaikan mereka jelas.

Tapi..ada sesuatu yang meyesakkan fikiranku baru-baru ini..ada sesuatu yang merisaukanku..

Seorang temanku yang boleh dikatakan cantik orangnya dan masuk kategori gadis trendy zaman sekarang, menanyakan aku tentang seorang muslimin.

Bukan tanya sebab dia suka dan nak usha muslimin tu tapi sebab nak tau samada aku kenal atau tidak muslimin itu.

Ya aku kenal dia sekadar dia juga berada dalam gerak kerja dakwah, dia agak aktif dalam lapangan ini.

Namun..sangat menyedihkan bila kawan aku menunjukkan sms muslimin itu terhadap kawanku..ya dia tidak berkata sesuatu yang lucah tapi di mana ikhtilat yang seharusnya dia jaga. Dia lebih arif tentang itu daripada kawanku. Setakat hanya mahu bertanya sedang buat apa, kelas pukul berapa, yada-yada-yada.. tak perlu pun.. atas tiket apa yang membenarkan dia untuk berbual kosong begitu dengan kawanku..

Kawanku beri respon saja terhadap mesej dia tapi dalam keadaan bingung juga kenapa dia bersikap begitu, berlainan benar dari imej yang ditunujukkan di alam realiti.., aku melihat situasi kawanku dalam keadaan dirinya lebih lemah untuk menolak dari melayan saja lelaki itu, tapi si lelaki itu yang lebih arif tentang ikhtilat..mengapa dia membuka pintu yang menghampiri keburukan yang Allah dah tutup serapat-rapatnya?

La taqrabu zina (Al-Isra’ : 32)..

Aku takut perkara ini akan jadi lebih jauh dan berlarutan..

Bukankah Islam itu mengajar kita berfikiran jauh, ibaratnya sebelum bumbung jadi bocor, lebih baik kita membeli bumbung berkualiti yang kekuhannya lebih terjamin, lalu kemungkinan berlakunya kebocoran dapat dihapuskan atau dikurangkan.

Aku sedih dengan situasi sesetengah pejuang agama hari ini..kadang-kadang macam say something but doing another.. kejahatan yang tersembunyi lebih bahaya daripada kejahatan yang jelas.

Berapa banyak lagi fitnah yang akan ditaburkan kepada pejuang2 agama yang ikhlas dan sejati yang akan terkena tempias dari kesilapan ini.

Akhir2 ini, Allah menunjukkan kepadaku kejadian beberapa muslimin yang begini.. tentu ada hikmahnya..Allah pasti mahu aku lakukan sesuatu. Aku tidak kenal mana2 muslimin untuk minta mereka menegur dia, aku juga serba salah untuk beritahu sahabatku (yg gerak kerjanya memerlukan dia lebih banyak link dengan muslimin) kerana takut  terbuka aib dia. Mungkin saja dia sudah sedar dan sedang cuba untuk memperbaiki diri. Moga  sepanjang perkiraan aku ni menjadi waktu yang sama dia bermuhasabah diri. Moga firasat ini benar ya Allah.

Tujuan aku menulis di sini bukanlah untuk membuka aibnya, tapi ini adalah pilihan yang aku buat insyaAllah kerana Allah, untuk memukul gong peringatan.

(Ketahuilah kayu gong ini terlalu berat untuk diayun kerana takut bisingnya menyakitkan telinga tapi kayu ini perlu juga diayun demi melihat permulaan sesuatu yang baru, yang mungkin lebih baik )

Moga-moga kita semua bermuhasabah diri.. aku terutamanya..mungkin kita juga pernah tersilap langkah atau paling tidak pun kita boleh berhati-hati untuk menjaga langkah agar tidak tersadung ataupun jatuh.

Dan kalau jatuh pun, mari kita bangun balik!

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~ 


No comments:

Post a Comment