Let's choose 'better' instead of 'worse' !

Thursday 25 April 2013

KAU SUKA SPAGETI, DIA SUKA PULUT.



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Pernah tak anda baca komen2 pembaca atau penonton di laman2 seperti FB , 4shared, YouTube, and  yadayada dan anda terjumpa perkataan  yang bermaksud HINA dengan bangganya ditaip oleh si makhluk yang bernama manusia?

Menelusuri  komentar-komentar yang ditulis aku jadi gusar. Gusar dengan penggunaan bahasa yang sangat HINA tapi dengan mudahnya ditaip oleh manusia yang sebenarnya SEBAIK-BAIK MAKHLUK.

C’MON PEOPLE

YOU HAVE YOUR OWN CHOICE WHETHER YOU WANT TO BUY LUNA OR FABLE CASTLE…or

WHETHER YOU WANT EAT NASI LEMAK OR LASAGNE..or

WHETHER YOU WANT TO LISTEN TO LINKIN PARK OR MCR..or

WHETHER YOU WANT CONTEMPORARY DESIGN OR MODERN ENGLISH  DESIGN..or

WHETHER YOU WANT TO LIKE MATLUTHFI OR ANWARHADI..

JUST  NAME IT. YOU HAVE YOUR OWN CHOICE. BUT PLEASE PEOPLE. PEOPLE.PEOPLE. PEOPLE!!

BE MATURED. YOU ARE GREAT ENOUGH TO USE THE BLESS OF TECHNOLOGY, NOW WHY DON’T YOU BE GREATER TO UTILIZE THE AWESOMENESS OF YOUR BRAIN (THAT HAS GRANTED BY ALLAH) PROPERLY?

I just can’t stand to see people violate the use of language.

I don’t have to be a language student to fight for the BEAUTY OF LANGUAGE. As long as we’re human being, it’s our responsibilities to remind our human beings to be nice with WORDS. We don’t have to be language students to do that, after all it’s HUMANITY issue.

BE WISE PEOPLE! LIVE WELL OR LIVE HELL YOU CHOOSE. YOU CAN’T FORCE PEOPLE TO FOLLOW YOUR CHOICE. BUT YES YOU CAN ASK THEM TO FOLLOW YOU. ASK. JUST ASK, INSTEAD OF INSULT THEIR CHOICES THAT AREN’T THE SAME AS YOURS.

Nak ajak, ajak baik-baiklah. Nak berhujah, berhujahlah elok-elok. Tak perlu nak biarkan diri hilang kawalan sebab itu bukanlah cara seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, lebih-lebih lagi bagi yang muslim.

NO NEED TO USE BAD WORDS! 



~dari diri yang masih bertatih dan masih berusaha membetulkan diri~

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~


Thursday 24 January 2013

BILA MALAS




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Aku paling takut kalau dihinggapi rasa malas,
Rasa malas kalau dah datang kat diri memang dah lupa lah yang hidup ni bertujuan sebenarnya,
Betapa bahayanya rasa malas,
Bila malas, buat kerja apa pun rasa tak nak…rasa nak bermalas-malasan je la..
Rasa nak lepak-lepak, duduk-duduk atas katil je..
Seolah-olah takde apa yang sedang menanti kat depan sana tu..
Sedangkan banyak benda yang boleh dibuat.

Mari kita merenung sejenak..
Kita dah banyak sangat ke ilmu sampai masa yang banyak tak diguna untuk dapatkan ilmu?
Kita dah baik sangat ke sampai masa yang banyak tak digunakan untuk perbaiki diri?
Islam dah tersebar luas ke sampai kita boleh duduk goyang kaki?
Apakah sudah aman saudara-mara seislam kita di Palestin, Syria, dan di mana-mana saja sehingga kita masih boleh bermalas-malasan lagi?
Kita dah jamin dapat syurga ke sampai masa yang banyak tak digunakan untuk memburu jannah-Nya?

Untuk dapatkan Syurga…tak semudah itu!
Hakikat hidup mukmin itu memang sibuk…sibuk dengan kerja-kerja ibadahnya..
Kerana memburu kerehatan sebenar..
Kematian adalah kerehatan sebenar untuk mukmin,
Rehat dengan amannya lalu layak melihat wajah ILAHI,
MAKA….
Nyah kemalasan dari dalam diri!
Nyah kau dari hati yang sepatutnya suci!

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~

Wednesday 8 August 2012

JAHAT YANG TERSEMBUNYI LEBIH BAHAYA!


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hari ini makin ramai orang tertarik hati dengan muslimin. Muslimin disini merujuk seorang lelaki Islam yang kerja dakwahnya dapat dikesan atau disedari.

Betul. Hatta kawan-kawan saya yang freehair pun ada je yang tertarik hati dengan golongan muslimin. 
Mungkin kerana kebaikan mereka jelas.

Tapi..ada sesuatu yang meyesakkan fikiranku baru-baru ini..ada sesuatu yang merisaukanku..

Seorang temanku yang boleh dikatakan cantik orangnya dan masuk kategori gadis trendy zaman sekarang, menanyakan aku tentang seorang muslimin.

Bukan tanya sebab dia suka dan nak usha muslimin tu tapi sebab nak tau samada aku kenal atau tidak muslimin itu.

Ya aku kenal dia sekadar dia juga berada dalam gerak kerja dakwah, dia agak aktif dalam lapangan ini.

Namun..sangat menyedihkan bila kawan aku menunjukkan sms muslimin itu terhadap kawanku..ya dia tidak berkata sesuatu yang lucah tapi di mana ikhtilat yang seharusnya dia jaga. Dia lebih arif tentang itu daripada kawanku. Setakat hanya mahu bertanya sedang buat apa, kelas pukul berapa, yada-yada-yada.. tak perlu pun.. atas tiket apa yang membenarkan dia untuk berbual kosong begitu dengan kawanku..

Kawanku beri respon saja terhadap mesej dia tapi dalam keadaan bingung juga kenapa dia bersikap begitu, berlainan benar dari imej yang ditunujukkan di alam realiti.., aku melihat situasi kawanku dalam keadaan dirinya lebih lemah untuk menolak dari melayan saja lelaki itu, tapi si lelaki itu yang lebih arif tentang ikhtilat..mengapa dia membuka pintu yang menghampiri keburukan yang Allah dah tutup serapat-rapatnya?

La taqrabu zina (Al-Isra’ : 32)..

Aku takut perkara ini akan jadi lebih jauh dan berlarutan..

Bukankah Islam itu mengajar kita berfikiran jauh, ibaratnya sebelum bumbung jadi bocor, lebih baik kita membeli bumbung berkualiti yang kekuhannya lebih terjamin, lalu kemungkinan berlakunya kebocoran dapat dihapuskan atau dikurangkan.

Aku sedih dengan situasi sesetengah pejuang agama hari ini..kadang-kadang macam say something but doing another.. kejahatan yang tersembunyi lebih bahaya daripada kejahatan yang jelas.

Berapa banyak lagi fitnah yang akan ditaburkan kepada pejuang2 agama yang ikhlas dan sejati yang akan terkena tempias dari kesilapan ini.

Akhir2 ini, Allah menunjukkan kepadaku kejadian beberapa muslimin yang begini.. tentu ada hikmahnya..Allah pasti mahu aku lakukan sesuatu. Aku tidak kenal mana2 muslimin untuk minta mereka menegur dia, aku juga serba salah untuk beritahu sahabatku (yg gerak kerjanya memerlukan dia lebih banyak link dengan muslimin) kerana takut  terbuka aib dia. Mungkin saja dia sudah sedar dan sedang cuba untuk memperbaiki diri. Moga  sepanjang perkiraan aku ni menjadi waktu yang sama dia bermuhasabah diri. Moga firasat ini benar ya Allah.

Tujuan aku menulis di sini bukanlah untuk membuka aibnya, tapi ini adalah pilihan yang aku buat insyaAllah kerana Allah, untuk memukul gong peringatan.

(Ketahuilah kayu gong ini terlalu berat untuk diayun kerana takut bisingnya menyakitkan telinga tapi kayu ini perlu juga diayun demi melihat permulaan sesuatu yang baru, yang mungkin lebih baik )

Moga-moga kita semua bermuhasabah diri.. aku terutamanya..mungkin kita juga pernah tersilap langkah atau paling tidak pun kita boleh berhati-hati untuk menjaga langkah agar tidak tersadung ataupun jatuh.

Dan kalau jatuh pun, mari kita bangun balik!

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~ 


SEMUA ORANG PENTING!!!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teringat satu pengisian oleh seorang Ustazah kat surau Kolej sampai aku nangis sorok2 waktu tu..

Malam tu aku terkesan betul dengan kata2 ustazah yang bagi ceramah. Beliau bercerita tentang perang Badar. Diceritakannya bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. begitu mementingkan setiap orang dalam perjuangan. Sebab setiap orang ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah.

Bukan selalu orang yang kita sangkakan saja yang akan dapat ilham daripada Ilahi. Kadang-kadang orang yang kita tak pernah jangkakan pun mampu memberi cadangan yang bernas kerana Allah telah memilih dia untuk menjadi perantara yang menjadi laluan ilham daripada Ilahi. 

Mengalir air mata aku saat mendengar betapa Rasulullah s.a.w. mementingkan dan menghargai setiap orang. Pernah aku berasa diri tak berapa penting tapi bila mengenangkan sifat Rasulullah s.a.w. ni, aku berazam tak mahu lagi berasa begitu sebab aku yakin Rasulullah s.a.w. dah berasa yang aku dan kita semua ni penting sejak lebih 1400 tahun dulu lagi.. 

Kalau aku dan kalian pernah rasa yang diri tak penting..ingatlah, kalau benar kita tak penting masakan Rasulullah s.a.w. pernah menyenaraikan kita antara orang-orang yang Baginda rindu. 

Rasullullah s.a.w. pernah berkata, “Saya rindukan ikhwan saya..”

Sahabat bertanya, “Siapa ikhwan?”

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Orang yang tak pernah melihat saya tapi mereka cintakan saya..”

Dan kitalah ikhwan yang dimaksudkan oleh Nabi sekiranya kita cintakan Nabi.

Ya, Baginda terlalu rindukan kita sedangkan kita belum dilahirkan waktu tu, dan saat Baginda menghadapi detik-detik kematian, Baginda masih memikirkan kita sampai nak tanggung semua kesakitan kita saat menghadapi sakaratul maut. Tiga kali Baginda menyebut nama kita semua “Ummati!” “Ummati..” ”Ummati…” 

Masihkah kita berasa yang kita tak penting?

Kita berada di dalam hati kekasih Allah, masihkah kita berasa yang kita tak penting?

Malunya dengan Rasulullah s.a.w. kalau kita masih berasakan yang kita tak penting.

Bersyukurlah Rasulullah s.a.w. sentiasa berasa yang kita penting!

Maaf.

Chill out

Salam alaik~


Thursday 5 July 2012

URUS BUKAN LUPUS


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Ni adalah sikit sajak ke madah ke..apa2 je la.. you-name-it- haha.. yang diilhamkan Ilahi..agak dah lama juga la ditulis. Tapi segan nak post sebab ada unsur2 yang ‘sebegini’. Namun atas sebab perkiraan yang dah dibuat setelah memikir yang kawan2 pun mesti dan pasti ada mengalaminya..jadi inilah perkongsian daripada saya yang mana pujukan daripada Ar-Rahman sebenarnya..Astaghfirullah Al-Azim….

Bagaimana aku boleh memikirkan tentang jodoh ,
 sedangkan cintaku kepada Illahi masih belum melangit…
Bagaimana aku boleh menyesakkan fikiran dengan perkara yang kurang penting,
Sedangkan aku perlu bertarung dengan perkara yang lebih penting,
Di saat aku mahu mengukuhkan susun atur langkah di medan ini
Hatiku sibuk mahu mencabangkan agendanya
Ya Allah! Tarik aku kembali kepada-MU
Jangan biar hatiku meleret seronok menghidu hasutan Syaitan
Mujur ini hanya pertarungan antaraku dan hatiku,
Moga kemenangan berada di pihakku yang mahu mendapatkan keredhaan-Mu Ya Allah… 
Aminn..

Ya Allah, selamatkanlah aku dan para pejuang agama-Mu yang lain,
Jauhkan kami dari menjadi senjata syaitan dan membeli senjata syaitan..
Sucikanlah kami Ya Allah..
Jadikanlah kami menjaga kesucian perjuangan ini..
Ya Allah, sudah pasti akan tiba masanya kami perlu membina Baitul Muslim
Ku mohon Engkau lindungi kami dari merangcang dengan khayalan
Tapi jadikan perancangan kami diringi keberkatan…
Dan jadikanlah kami merancang bila tiba waktunya

p/s:  Kita semua menjadi duta agama Islam, setiap langkah kita diperhatikan, jauhkan diri daripada menjadi punca Islam difitnah. Islam itu indah dan kita indah kerana Islam. Insya-ALLAH.

Maaf.
Chill out
Salam alaik~


DIA YANG AKU KAGUMI



 
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sahabat yang aku kagumi…

Aku mengetahui namanya sebelum aku mengenali orangnya.

Perkenalan satu hala itu mebuahkan persoalan dalam diri ini,

“Siapakah dia?”

Tidak ada cemburu yang lahir daripada diri ini melainkan rasa ingin mengenali dirinya,

Kali pertama bertemunya sudah menjawab persoalan di mindaku..

Ya, dia muslimah yang hebat!

Setiap kali dia berkongsi ilmu, setiap butir katanya bagaikan air terjun yang mengalir..

Semuanya bermanfaat belaka, semuanya penting2 belaka..

SUBHANALLAH.

Peribadinya juga mulia.

Kerja dakwahnya sangat kreatif. Dia berusaha membuktikan muslimah mampu buat apa saja selagi syariat tidak menghalangnya!

Dia tidak suka membuang masa. Aturan masanya cantik. Ada waktunya diluangkan bersama sahabat, namun sebelum masuk zon membuang masa, dia akan terus bergerak meneruskan gerak kerja yang sentiasa menanti..

Nasihatnya begitu membelai dan penuh rasional, tiada unsur emosional.

Ya Allah, Kau peliharalah sahabatku itu selama-lamanya. Jadikan dia istiqamah di jalan-Mu ya Allah..

Ya.. sudah jauh dia berlari..aku masih di belakangnya..masih cuba untuk menghampirinya..moga aku dapat berlari seiring dengannya! Ayuh sang diri dan mujahidah sekalian! Jadikan impian murni satu realiti!

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~