Berikut adalah perbualan antara Encik Boboy dan kakaknya, cerita ni rekaan semata-mata tapi tak mustahil kalau pernah terjadi kat mana-mana di segenap pelusuk dunia ni. Cuma mungkin tak guna Bahasa Melayu kot.
A: Boboy, Boboy, jom tengok video best nak?
B: Video best? Waa..Nak! Nak! Nak! Video apa?
A: Video talk Ustaz Don tajuk Anak Asset ke Syurga atau Neraka? Best gila! Ko kena tengok!
(derived from http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA A big thanks to pemilik akaun YouTube nuhhuffaz )
B: Tak nak ah! Aku tak bolehla tengok sedih-sedih ni..
A: Eh ok je la, mana kau tau video tu sedih?
B: Hari tu aku da tengok sikit, tapi tak habis.. Aku bukan tak suka dengar ceramah tapi kalau macam Ustaz Azhar Idrus, aku sukala. Kelakar oh! Ni sedih-sedih aku tak sukala..
Pernah dengar pendapat macam ni?
Betul, sesuatu talk / ceramah tu kena ada unsur humour sebagai selingan so that ia akan jadi lebih santai and mesra audience. Lagipun cara macam ni dapat menarik lebih ramai audience untuk dengar talk tu. Honestly saya pon suka cara macam ni sebab ia menunjukkan kita juga boleh berhibur dalam menuntut ilmu. Ya, menuntut ilmu pon salah satu cabang hiburan!
Tapi sebagai audience, kita tak boleh tengok talk semata-mata mencari nilai humournya sahaja. Yang lebih penting ialah kita mendapatkan gist (intisari) atau message sebenar yang ingin disampaikan oleh penceramah sebab lawak jenaka yang diselit hanyalah sampingan sebagai cara mereka nak approach kita.
Kenapa mesti mengelak bila talk tu ada unsur menjentik emosi?
Takut menangis?
Takpe..tangisan tu sebenarnya tanda hati kita masih lembut untuk dididik, masih ada rasa keinsafan, masih mahu tersentuh dengan perkara-perkara yang menyentuh perasaan. Nilah tanda perasaan kita masih sensitif dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Tangisan tu juga tanda kita buat refleksi kat diri kita:
Macam mana dengan aku?
Adakah aku dah buat yang terbaik?
Kalau selama ni aku mangsa keadaan (in case), then apa je yang aku dah buat so that aku pula yang memberi pengaruh yang baik kepada keadaan?
Sejauh mana usaha aku?
Kalau aku dah usaha, adakah aku sudah mengadu kepada-Nya?
Adakah aku masih setia mengadu kepada-Nya atau pun dah putus asa daripada rahmat-Nya?
Astaghfirullah al-Azim.. sebab tu penting juga peringatan-peringatan yang menjentik emosi sebegini supaya dapat bantu kita untuk membuat refleksi diri, tanya dalam-dalam diri kita adakah kita berada di zon selesa sekarang? Atau jika kita dalam suasana yang memeritkan, adakah kita nak terus begitu dan berakhir dengan keadaan sebegitu? Refleksi diri ini, insya-Allah, akan mendorong kita untuk bangkit dan berjuang untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik demi menggapai keredhaan-Nya.
Selain itu ia dapat buat wake-up call kepada kita semua yang hidup di dunia ni bukan untuk bergelak ketawa dan bersuka-ria semata-mata sebaliknya ada misi penting yang perlu kita buat di dunia ini.
p/s: Setiap guru, lecturer, ustaz, ustazah ada cara tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Nak tegaskan kat sini yang saya pon suka cara Ustaz Azhar Idrus sebab dapat menarik minat remaja khususnya, untuk dengar ceramah sekali gus dapat memberi kesedaran kepada mereka. Begitu juga dengan ustaz Don yang mempunyai style yang dapat approach remaja dengan lebih dekat so that remaja lebih mahu dekat dengan agama. Semoga Allah memberkati usaha setiap pejuang agama-Nya. Amin..
Maaf.
Chill out!
Salam alaik~
bknnya takut menangis, tp hati tersentuh.hik9.. cntik je blog ni ak tgk...
ReplyDeleteohh takpelah hati tersentuh.. ^.^ tp jangan takut hati tersentuh tau! <3 seronok apa hati kne sentuh, sentuhan paling ikhlas ialah sentuhan yg mampu tembus hingga ke hati :)lalu ia landai membelai hati... :)
ReplyDelete