Dah lama tak menyumbang apa-apa kepada masyarakat melalui ruang ni. (Okey.. bajet macam ramai sangat je baca tulisan aku..hehe..) tapi seriously rindu nak berkongsi rasa sangat tinggi! Hilangnya selama beberapa bulan ni bukannya kerana merajuk (ekekeke), kecil hati, mahupun menarik diri, tapi berehat sebentar demi memperbaiki diri.
Amboi..baiki diri sampai tak boleh nak menyumbang apa-apa kat blog sendiri?
Serious tersentak dengan soalan diri sendiri ni. Tapi hakikatnya dah lama tak muncul adalah disebabkan faktor-faktor tertentu.
Wahai saudari, tahukah anda yang anda sedang memalukan diri anda dengan memberi banyak alasan?
Tidak. Menegur diri sendiri secara terbuka bukanlah bererti kita memalukan diri kita sebaliknya ia menjadi peringatan untuk kita dan boleh menjadi iktibar kepada orang lain!
Antara faktor-faktornya adalah:
1)
Gagal membahagikan masa dengan baik
Assignment memang banyak, kerja memang banyak, campur dengan test, tapi still masih ada waktu untuk bersembang-sembang dengan kawan-kawan, jadinya bila difikirkan balik memanglah masa tu singkat, sebab tu kena pandai letak priority dan mencari waktu untuk menulis di sini.
2)
Terlalu memikirkan ketidaksempurnaan blog ni
Ya..perlu diakui blog yang banyak kekurangan ni membuatkan saya rasa yang saya perlu menambahbaik keadaannya supaya dapat menarik ramai orang bertandang. Oppss! Bukannya berniat nak jadi pop star, popular, mahupun top blogger, tapi kita perlu memandang blog juga satu wadah untuk berdakwah. Dan dakwah itu perlu berkembang agar ia tersebar secara meluas. Maka, menulis blog juga satu bentuk dakwah yang tidak bolah dipandang sepi. Jadi, saya kena usaha lagi untuk mencantikkan ruang ni! Hehe. Usaha! Usaha! Yosh!!
3)
Mahu memperbaiki diri
Saya nak jadi dai’ (pendakwah). Saya wajib menjadi dai’. Setiap muslim wajib menjadi dai’ kerana mereka terlebih dahulu terdedah dengan kebenaran Islam. Tapi sebelum saya berdakwah kepada orang lain, saya mahu perbaiki diri dulu terutama untuk perangai-perangai yang masih melekat kuat kat diri ni. Bukanlah saya nak jadi sempurna dulu baru nak berdakwah kerana hakikatnya tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan itu hak mutlak Allah. Cuma saya nak jadi lebih baik agar dakwah menjadi lebih efektif. Kan sepatutnya dakwah kita seiring dengan amalan kita! Allah dah mencela orang yang cakap tak serupa bikin dalam surah As-Saff: 2 &3.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
Dan mungkin banyak lagi faktor-faktor lain termasuk kondisi diri tapi ni je yang dapat difikirkan setakat ni. Cukuplah kongsi faktor-faktor utama kerana selebihnya hanyalah faktor-faktor picisan yang bila direnungi, ia takkan berlaku jika bijak membahagikan masa.
So, terbukti kebijaksaan membahagikan masa sangat penting dalam mengerjakan sesuatu demi mencapai sebuah kejayaan. Haih..malu dengan diri ni, tapi malu hanya akan terus memalukan diri ini jika tidak disusuli dengan usaha yang gigih untuk mengubati penyakit dan kelemahan diri.
Makanya! Ayuh bangkit wahai khalifah! Buktikan pada diri sendiri yang kita (roh + jasmani) tidak lemah! Biiznillah.
Maaf.
Chill out!
Salam alaik~
selamat memperbaiki diri n bermuhajadah
ReplyDeleteinsyaAllah. Wish the same to you too and to the other muslims as well.
ReplyDelete