Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Ni adalah sikit sajak ke madah ke..apa2 je la..
you-name-it- haha.. yang diilhamkan Ilahi..agak dah lama juga la ditulis. Tapi segan
nak post sebab ada unsur2 yang ‘sebegini’. Namun atas sebab perkiraan yang dah
dibuat setelah memikir yang kawan2 pun mesti dan pasti ada mengalaminya..jadi
inilah perkongsian daripada saya yang mana pujukan daripada Ar-Rahman
sebenarnya..Astaghfirullah Al-Azim….
Bagaimana aku
boleh memikirkan tentang jodoh ,
sedangkan cintaku
kepada Illahi masih belum melangit…
Bagaimana aku
boleh menyesakkan fikiran dengan perkara yang kurang penting,
Sedangkan aku
perlu bertarung dengan perkara yang lebih penting,
Di saat aku mahu
mengukuhkan susun atur langkah di medan ini
Hatiku sibuk mahu
mencabangkan agendanya
Ya Allah! Tarik
aku kembali kepada-MU
Jangan biar hatiku
meleret seronok menghidu hasutan Syaitan
Mujur ini hanya
pertarungan antaraku dan hatiku,
Moga kemenangan
berada di pihakku yang mahu mendapatkan keredhaan-Mu Ya Allah…
Aminn..
Ya Allah,
selamatkanlah aku dan para pejuang agama-Mu yang lain,
Jauhkan kami dari
menjadi senjata syaitan dan membeli senjata syaitan..
Sucikanlah kami Ya
Allah..
Jadikanlah kami
menjaga kesucian perjuangan ini..
Ya Allah, sudah
pasti akan tiba masanya kami perlu membina Baitul Muslim
Ku mohon Engkau
lindungi kami dari merangcang dengan khayalan
Tapi jadikan
perancangan kami diringi keberkatan…
Dan jadikanlah
kami merancang bila tiba waktunya
p/s: Kita semua menjadi
duta agama Islam, setiap langkah kita diperhatikan, jauhkan diri daripada
menjadi punca Islam difitnah. Islam itu indah dan kita indah kerana Islam.
Insya-ALLAH.
Maaf.
Chill out
Salam alaik~