Let's choose 'better' instead of 'worse' !

Saturday, 21 January 2012

HUMOUR HANYALAH SELINGAN TAPI DILIHAT KEUTAMAAN.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Berikut adalah perbualan antara Encik Boboy dan kakaknya, cerita ni rekaan semata-mata tapi tak mustahil kalau pernah terjadi kat mana-mana di segenap pelusuk dunia ni. Cuma mungkin tak guna Bahasa Melayu kot.

A: Boboy, Boboy, jom tengok video best nak?
B: Video best? Waa..Nak! Nak! Nak! Video apa?  
A: Video talk Ustaz Don tajuk Anak Asset ke Syurga atau Neraka? Best gila! Ko kena tengok! 


(derived from http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA A big thanks to pemilik akaun YouTube nuhhuffaz )


B: Tak nak ah! Aku tak bolehla tengok sedih-sedih ni..
A: Eh ok je la, mana kau tau video tu sedih?
B: Hari tu aku da tengok sikit, tapi tak habis.. Aku bukan tak suka dengar ceramah tapi kalau macam Ustaz Azhar Idrus, aku sukala. Kelakar oh! Ni sedih-sedih aku tak sukala..

Pernah dengar pendapat macam ni?

Betul, sesuatu talk / ceramah tu kena ada unsur humour sebagai selingan so that ia akan jadi lebih santai and mesra audience.  Lagipun cara macam ni dapat menarik lebih ramai audience untuk dengar talk tu. Honestly saya pon suka cara macam ni sebab ia menunjukkan kita juga boleh berhibur dalam menuntut ilmu. Ya, menuntut ilmu pon salah satu cabang hiburan!
Tapi sebagai audience, kita tak boleh tengok talk semata-mata mencari nilai humournya sahaja. Yang lebih penting ialah kita mendapatkan gist (intisari) atau message sebenar yang ingin disampaikan oleh penceramah sebab lawak jenaka yang diselit hanyalah sampingan sebagai cara mereka nak approach kita.

Kenapa mesti mengelak bila talk tu ada unsur menjentik emosi?

Takut menangis?

Takpe..tangisan tu sebenarnya tanda hati kita masih lembut untuk dididik, masih ada rasa keinsafan, masih mahu tersentuh dengan perkara-perkara yang menyentuh perasaan. Nilah tanda perasaan kita masih sensitif  dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Tangisan tu juga tanda kita buat refleksi kat diri kita:

Macam mana dengan aku?
Adakah aku dah buat yang terbaik?
Kalau selama ni aku mangsa keadaan (in case), then apa je yang aku dah buat so that aku pula yang memberi pengaruh yang baik kepada keadaan?
Sejauh mana usaha aku?
Kalau aku dah usaha, adakah aku sudah mengadu kepada-Nya?
Adakah aku masih setia mengadu kepada-Nya atau pun dah putus asa daripada rahmat-Nya?

Astaghfirullah al-Azim.. sebab tu penting juga peringatan-peringatan yang menjentik emosi sebegini supaya dapat bantu kita untuk membuat refleksi diri, tanya dalam-dalam diri kita adakah kita berada di zon selesa sekarang? Atau jika kita dalam suasana yang memeritkan, adakah kita nak terus begitu dan berakhir dengan keadaan sebegitu? Refleksi diri ini, insya-Allah, akan mendorong kita untuk bangkit dan berjuang untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik demi menggapai keredhaan-Nya.


Selain itu ia dapat buat wake-up call kepada kita semua yang hidup di dunia ni bukan untuk bergelak ketawa dan bersuka-ria semata-mata sebaliknya ada misi penting yang perlu kita buat di dunia ini.  

p/s:   Setiap guru, lecturer, ustaz, ustazah ada cara tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Nak tegaskan kat sini yang saya pon suka cara Ustaz Azhar Idrus sebab dapat menarik minat remaja khususnya, untuk dengar ceramah sekali gus dapat memberi kesedaran kepada mereka. Begitu juga dengan ustaz Don yang mempunyai style yang dapat approach remaja dengan lebih dekat so that remaja lebih mahu dekat dengan agama. Semoga Allah memberkati usaha setiap pejuang agama-Nya. Amin.. 


Maaf.
Chill out!
Salam alaik~ 

Sunday, 15 January 2012

DI MANA AKU?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dah lama tak menyumbang apa-apa kepada masyarakat melalui ruang ni. (Okey.. bajet macam ramai sangat je baca tulisan aku..hehe..) tapi seriously rindu nak berkongsi rasa  sangat tinggi! Hilangnya selama beberapa bulan ni bukannya kerana merajuk (ekekeke), kecil hati, mahupun menarik diri, tapi berehat sebentar demi memperbaiki diri.

Amboi..baiki diri sampai tak boleh nak menyumbang apa-apa kat blog sendiri?

Serious tersentak dengan soalan diri sendiri ni. Tapi hakikatnya dah lama tak muncul adalah disebabkan faktor-faktor tertentu.

Wahai saudari, tahukah anda yang anda sedang memalukan diri anda dengan memberi banyak alasan?

Tidak. Menegur diri sendiri secara terbuka bukanlah bererti kita memalukan diri kita sebaliknya ia menjadi peringatan untuk kita dan boleh menjadi iktibar kepada orang lain!

Antara faktor-faktornya adalah:
1)     
Gagal membahagikan masa dengan baik
Assignment memang banyak, kerja memang banyak, campur dengan test, tapi still masih ada waktu untuk bersembang-sembang dengan kawan-kawan, jadinya bila difikirkan balik memanglah masa tu singkat, sebab tu kena pandai letak priority dan mencari waktu untuk menulis di sini.

2)     
Terlalu memikirkan ketidaksempurnaan blog ni
Ya..perlu diakui blog yang banyak kekurangan ni membuatkan saya rasa yang saya perlu menambahbaik keadaannya supaya dapat menarik ramai orang bertandang. Oppss! Bukannya berniat nak jadi pop star, popular, mahupun top blogger, tapi kita perlu memandang blog juga satu wadah untuk berdakwah. Dan dakwah itu perlu berkembang agar ia tersebar secara meluas. Maka, menulis blog juga satu bentuk dakwah yang tidak bolah dipandang sepi. Jadi, saya kena usaha lagi untuk mencantikkan ruang ni! Hehe. Usaha! Usaha! Yosh!!

3)      
Mahu memperbaiki diri  
Saya nak jadi dai’ (pendakwah). Saya wajib menjadi dai’. Setiap muslim wajib menjadi dai’ kerana mereka terlebih dahulu terdedah dengan kebenaran Islam. Tapi sebelum saya berdakwah kepada orang lain, saya mahu perbaiki diri dulu terutama untuk perangai-perangai yang masih melekat kuat kat diri ni. Bukanlah saya nak jadi sempurna dulu baru nak berdakwah kerana hakikatnya tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan itu hak mutlak Allah. Cuma saya nak jadi lebih baik agar dakwah menjadi lebih efektif. Kan sepatutnya dakwah kita seiring dengan amalan kita! Allah dah mencela orang yang cakap tak serupa bikin dalam surah As-Saff: 2 &3.  

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Dan mungkin banyak lagi faktor-faktor lain termasuk kondisi diri tapi ni je yang dapat difikirkan setakat ni. Cukuplah kongsi faktor-faktor utama kerana selebihnya hanyalah faktor-faktor picisan yang bila direnungi, ia takkan berlaku jika bijak membahagikan masa.

So, terbukti kebijaksaan membahagikan masa sangat penting dalam mengerjakan sesuatu demi mencapai sebuah kejayaan. Haih..malu dengan diri ni, tapi malu hanya akan terus memalukan diri ini jika tidak disusuli dengan usaha yang gigih untuk mengubati penyakit dan kelemahan diri.

Makanya! Ayuh bangkit wahai khalifah! Buktikan pada diri sendiri yang kita (roh + jasmani) tidak lemah! Biiznillah.

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~