Let's choose 'better' instead of 'worse' !

Wednesday, 27 July 2011

MARI LAGUKAN SURAT-SURAT CINTA-NYA!!

Dengan nama ALLAH.

Mulakan dengan BISMILLAH,
Alunkan KALAMULLAH ,
Puisi suci dan indah, 
Penuh pedoman dan hikmah..

Nilah  antara bait-bait lagu rancangan Mari Bertarannum kat TV9 yang dikendalikan oleh Ust Nik Azizan Nik Jaafar. Mula-mula dengar suara adik-adik muda dalam rancangan tu yang mampu alunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan baik, hati rasa sayu dan syahdu. Masa tu sekitar 2008. Rasa malu dengan diri sendiri pun ada. Bukan sebab mereka boleh bertarannum  berkali-kali ganda lebih baik daripada saya, tapi sebab saya dapat rasakan yang hati mereka, akhlak mereka, niat mereka berkali-kali ganda lebih baik daripada saya. Saya rasa kerdil sangat. Walaupun umur mereka lebih muda tapi saya tau yang jiwa mereka lebih besar daripada saya.

                       Saya yakin bila seseorang itu memberi dengan ikhlas dari hati, maka ia mampu untuk sampai ke hati-hati insan lain.

Ironinya, biarpun saya tak faham maksud ayat-ayat al-Quran  yang mereka lagukan ketika itu tapi ia tetap dapat menyentuh hati saya. Tentu sekali kerana mereka alunkan kalam Allah dari hati mereka. Betul. Bila hati dan niat ikhlas, Allah akan sampaikan pemberian seseorang itu kepada hati-hati yang ingin disentuh-Nya. Lagi pun Al-Quran itu kan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

                    Didikan dan pengajaran yang diberikan oleh orang-orang yang lebih muda daripada kita
akan lebih berkesan dan berbekas di hati kita.

Dan sejujurnya mereka nilah antara insan-insan yang menyeru saya untuk memulakan langkah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik ketika itu. Mereka mengajar saya untuk melihat al-Quran dari sudut berbeza.

Ya, selama ni saya hanya melihat al-Quran itu:
        ~kitab suci yang memandu kita ke arah kehidupan yang diredhai-Nya,
        ~kalam-kalam Allah yang menunjukkan bukti-bukti kebenaran Islam,
        ~kitab agung yang perlu menjadi pegangan kita selama-lamanya di samping sunnah.

Tetapi masa tu saya mula sedar bahawa selama ni saya gagal untuk melihat satu lagi sisi penting al-Quran. Sisi itu yang sebenarnya kalau kita nampak, kita akan lebih akrab dengannya. Hakikatnya al-Quran juga mampu menjadi hiburan kita. Yep, al-Quran sebenarnya mampu menjadi teman berhibur kita sepanjang masa. Tak kira ketika susah atau senang, al-Quran sentiasa mampu menghiburkan kita. It soothe you anytime!

Al-Quran is a compilation of personal love letters from God to us. Kalau tak percaya, teliti, fahami dan hayati terjemahannya.

 Hlovate pernah cakap:
"If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away. Ayat memujuk sebagaimana dalam al-Insyirah dan ad-Dhuha. Soothe you anytime. Sweet!"   

Betul, segala masin pahit payau dugaan yang kita rasakan, akan hilang terus bila dengar Allah berbicara dengan kita. Tapi janganlah hanya mencari al-Quran masa sedih je. Masa senang riang gembira pun kenalah sentiasa berdamping dengan al-Quran sebab al-Quran itu hiburan yang menyeluruh untuk hati, jiwa, jasmani, rohani dan emosi. Very true. =)

Dalam kepala sekarang ni masih terngiang-ngiang lagi seruan adik-adik tu..

Ayuh semua bertarannum bersama!
Membaca al-Quran menyinari jiwa! 

SubhanALLAH! JazakAllahu khairul lakum!

Maaf.
Chill out.
Salam alaik~

Saturday, 2 July 2011

THE BEST FREQUENCY!!!

Dengan nama ALLAH
“Dari HITZ fm ke IKIM fm...” Versus-Hlovate
Nilah antara quotation by Hlovate yang saya ingat. Bukan niatnya atau saya nak halang orang lain dengar HITZ. TIDAK SAMA SEKALI. Terpulang kepada pendengar untuk memilih. (OK...tiba-tiba rasa macam deejay kena soal dengan abang Nas Rambut Ketak pula..). 
 
Dulu kerap juga dengar radio, time sekolah rendah dulu suka layan ERA. Bila masuk sekolah menengah pula, lebih suka layan HITZ.  Abang pun rajin pasang HITZ  so kami tumpang sekakilah.. Tapi bergantung kepada atmosfera juga bila nak cari frekuensi mana yang nak didengari. Kalau sesebuah stesen tu tengah pasang lagu atau segmen yang tak-boleh-nak-layan atau tengah pasang iklan yang panjangnya macam boleh dibuat telenovela, telinga ni tak adalah setia nak mendengarnya lalu jari-jemari akan bertindak menukar frekuensi

Tapi masa tu dengar juga IKIM fm dan waktu paling ketara dengar IKIM ialah bila waktu Subuh, malam dan senja yang dah nak hampir. Memang waktu-waktu tu IKIM fm akan berkumandang dari dalam bilik ayah. Ayah orangnya tak suka tidur dalam suasana sunyi-sepi, so ayah akan biarkan radio bersuara IKIM sampailah esok pagi. Selalu waktu paginya akan dengarlah suara Ustaz Zahazan Mohamed berbicara dengan kami. Seronok dengar cerita Ustaz Zahazan, kiranya beliau macam meniup semangat kami di pagi harilah untuk pergi sekolah dan kerja.

Maka disebabkan itu muzik saya universal. Saya layan semua genre lagu asalkan liriknya tak bercanggah dengan ajaran Islam dan rentaknya masih berada di level yang boleh tahan.
Tapi sekarang ni boleh cakap yang hari-hari saya dengar IKIM. (Not to say that every second I’m listening to IKIM because there are times I listen to other stations too but just not as often as I listen to IKIM) Tak tau bila start lekat. Tak sedar bila perasaan setia kat IKIM tu bertanda. Kuasa ALLAH. SubhanAllah. Bila Dia kata:

KUN FA YAKUN! Maka jadilah!  ALHAMDULILLAH.  

Bukan nak cakap saya ni baik dengar IKIM, tapi sebenarnya nak share antara segmen kat IKIM yang saya suka dengar, manalah tau citarasa kita sama. Hehe. 

Segmen bersama Prof Dr. Muhaya !!! 
Hari: setiap Rabu
Jam: 10 pagi  
Mula tau adanya segmen ni masa cuti 1st sem Asasi kalau tak silap. Masa cuti-cuti dengarlah mak buka IKIM. Kiranya maklah yang promot. Then sementara cuti sempena dah habis final sem ni memang berpeluanglah nak dengar suara Dr Muhaya. Beliau seorang pakar mata Muslimah yang sangat hebat. She’s been inspiring me to be the best as khalifah no matter who we are. Boleh dikira dia juga pakar motivasi! May Allah bless her, always!

Segmen Islam itu Indah !!! 
Hari: setiap Khamis
Jam: 5 petang
Waktu nilah peluang nak dengar perkongsian saudara baru kita atau Mualaf. Saya sangat suka dengar kisah-kisah mereka, ada suka, ada duka. It’s really precious to know how they’ve really struggled hard to be a Muslim. To make Islam as the way of their lives. Ni dapat menginsafkan betapa bertuahnya kita yang dapat Islam secara percuma lantas bertindak untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik! 

Dan pagi tadi saya dengar suara yang sangat saya pasti dialah orangnya di IKIM. Beliau bercakap tentang Mukmin Professional. Oleh sebab saya terlambat mengikuti, saya hanya mendengar sambil berteka-teki dalam diri..Beliau kott.. pasti ni beliau..betul3 ni mesti beliau ni!!! Setelah lama mengikuti tulisannya di ruangan Beduk Diketuk dalam Solusi dan sepanjang minggu ni memang maraton bukunya Nota Hati Seorang Lelaki, saya bagaikan sudah terdidik dengan pemikirannya yang kritis, mengagumkan, dan menyeronokkan. Tak syak lagi..

..rancangan kita sudah sampai ke penghujung dan untuk makluman pendengar,  rancangan baru di IKIM fm ini bersama Ustaz Pahrol Muhammad Juoi..
 Shoot! Tepat sekali! Yosh!!! :D
 ..bertajuk Mukmin Professional ya Ustaz, yang baru saja dimulakan hari ini, Isnin..
Ohh ulangan rupanya, hari ni Sabtu! Kiranya isnin  hari tu lah start..
 ..Jadi buat pendengar semua, rancangan ini akan ke udara setiap Isnin,  jam 5.15 petang..” lebih kurang macam ni lah ayat deejay tu.

Makanya, dah ada temu janji baru dengan IKIM ni..yes! Alhamdulillah, Allah dah bagi peluang mengutip ilmu, so... LET’S GRAB ‘EM MY FRIENDS!!! 

Maaf.
Chill out!
Salam alaik~