Let's choose 'better' instead of 'worse' !

Tuesday, 19 April 2011

ALHAMDULILLAH!!!! Finally... :)

Dengan nama ALLAH.
Sudah lama aku berhajat nak berkongsi segala rasa bersama society ini, tapi memang banyakla rintangannya. entah kali ke berapa aq berusaha, akhirnya berjaya juga membina ruang aku sendiri. sebelum apa2, it is better for me betulkan niat dulu. aku buat blog untuk berkongsi ilmu, pendapat, bukan untuk memaki hamun tak tentu hala, bercakap tanpa isi.. Selama ni aku dihidangkan dengan banyak benda yang aku tak setuju, so kalau aku pon buat macam tu bererti aku meludah muka aku sendiri la kan.  yup insyaALLAH. !!! Aku harap segala apa yang aku buat mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Katakanlah kalau satu hari aku terikut-ikut gak karya yang macam tu?

Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU agar kau ingatkan aku, berilah tarbiah kepadaku agar aku kembali berpegang kepada niatku yang asal, agar aku menjadi seperti mana doa yang aku panjatkan kepadaMu setiap hari, agar aku tidak menjadi orang yang tidak mengamalkan apa yang diri sendiri  seru seperti mana yang telah Kau tegah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. 
(SURAH AS-SAFF: 2 & 3)


Allah sangat benci bila kita cakap berapi-api tapi kita sendiri tak buat. Memang bagus untuk kita ingatkan orang lain. Sebarkan kebaikan mestilah bagus. Tapi kalau kita dok seru orang jom buat tu, jom buat ni, tapi kita sendiri tak buat, orang akan ikut ke? Kalau orang tu si keras hati, lagilah dia takkan ikut malah benci lagi dengan seruan-seruan ni. Mungkin orang ni jadi keraguan akan apa yang disampaikan sebab si penyampai pon tak amalkan. nah! senario ni memang wujud pon. Mungkin sekali ada yang tidak faham Islam sebab kita bersikap seperti si penyampai yang macam tu. Lantas menyebabkan Islam hari ni difitnah. Sebab tu lah Allah sangat-sangat benci golongan yang cakap tak serupa bikin. Message yang baik tak kan dapat tersebar dek kerana penyampai yang macam ni.

Jika suatu hari nanti aku tergelincir dari jalan ini. Tolonglah ingatkan aku. Takpe aku terima je. Bukankah kita perlu saling mengingati sebab kita mudah lupa? Nauzubillah min zalik. :)